Wednesday, November 24, 2010

Buat Sahabatku

Buat sahabat sejatiku,
Kita pernah berselisih,
Bercakaran di sebalik senyuman,
Senyuman yang hanya kita tahu kebenarannya,
          Memisah jasad dan jiwa,
          Yang ketandusan sepi menguasai,
          Bila kita mula menyedari,
          Kita umpama ombak dan pantai,
Irama dan lagu takkan terpisah,
Walau badai segunungan,
Walau ribut selautan,
Kita tetap utuh,
          Kerana selamanya,
          Kita adalah satu....

Korban Cinta

Ini kisah satu korban cinta yang berlaku dalam kehidupan seorang gadis manis bernama June.Kisahnya memang menyentuh jiwa,apatah lagi apabila June baru saja mengenal erti cinta.Ini satu pengajaran untuk mereka yang dilamun asmara.


"Saya mula kenal erti cinta ketika usia saya 17 tahun.Waktu itu saya berkenalan dengan Sham yang usianya berusia tiga tahun lebih tua dari saya.Mulanya kami sekadar berkawan tapi dah lama-lama akhirnya hubungan jadi serius dan mula bercinta.

"Dan biasalah,bila dah kemaruk bercinta mulalah lupa pada semua yang ada di sekeliling.Nasihat keluarga dan teman-teman lansung saya tidak endahkan...saya hanyut dalam dunia sendiri.Waktu tu yang saya fikir cuma satu iaitu Sham,kekasih hidup mati saya.


"Bila dah lama melayari bahtera cinta,akhirnya tiba saat yang tak pernah saya fikir sebelum ini.Sham merayu agar saya menyerahkan 'mahkota kesucian' saya sebagai tanda bukti cinta kepadanya.Mulanya saya tolak dan beri macam-macam alasan tapi bila dah dipujuk rayu berkali-kali,saya tewas.Akhirnya dengan rela hati saya serahkan 'mahkota' saya kepadanya.Perasaan takut mulanya tu akhirnya bertukar seronok.Pantang ada masa terluang,kami akan melakukan perbuatan terkutuk itu hinggalah saya disahkan mengandung selepas itu.

"Sham berkali-kali suruh agar gugurkan kandungan tapi saya bantah.Sebabnya saya takut kesannya kemudian hari.Lagipun saya pegang janjinya yang dia akan bertanggungjawab.Bila perut saya dah membesar Sham jarang-jarang jumpa saya.Bila ditanya ada saja alasannya.Hubungan kami dah tak semesra dulu hinggalah satu hari saya dapati Sham hilangkan diri.Bila saya tanya kepada rakan-rakannya,seorang pun tak tahu ke mana dia pergi.


"Akhirnya melalui seorang kawan,saya dapat menjejaki kampung halamannya.Saya nekad mencari Sham di rumah keluarga dia di sebelah utara sana.Sampai saja di rumah dia,saya terkejut sebab Sham yang saya sangka bujang itu rupanya sudah beristeri dan punyai seorang anak.

"Waktu itu hanya Tuhan yang tahu batapa hancurnya hati saya.Untuk tak mengecewakan hati isteri dia,saya terpaksa berlakon sebagai wakil insurans yang datang mempromosikan skim terbaru.Kebetulan Sham tak ada di rumah,jadi dapatlah saya korek bermacam-macam rahsia daripada isterinya.


"Saya pulang dengan hati yang remuk.Saya balik kampung dan terpaksa tebalkan muka menghadap keluarga.Emak pengsan bila tengok kandungan saya.Ayah an adik-beradik lain hanya berdiam diri."Lepas sembilan bulan,saya melahirkan bayi lelaki tapi umurnya tak panjang.Dia hidup hanya dua hari akibat demam kuning.Bagi saya apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.

"PESAN SAYA KEPADA SEMUA REMAJA YANG SEDANG DILAMUN CINTA,JADIKAN KISAH SAYA INI SEBAGAI IKTIBAR DAN TELADAN.JANGAN MUDAH NAK KORBANKAN DIRI SEBAGAI TANDA CINTA.TAK MUSTAHIL,ANDA AKAN DITINGGALKAN SEPERTI SAYA"kata June

Tuesday, November 16, 2010

Kasih Sampai Syurga

Dan ternyata,ungkapan itu memang ada kebenarannya kerana siapalah kita tanpa ibu yang melahirkan,tempat menumpang kasih selama sembilan bulan di dalam kandungan,mendodoi dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sehingga kita menjadi diri kita hari ini.

Sebab itulah sebagai anak kita perlu sentiasa menghargai ibu kita selagi ada hayatnya.Malah,dalam agama kita sendiri(islam) insan bernama ibu ini diletakkan pada satu tahap paling tinggi sehingga rasullulah s.a.w menyebut ibu sebanyak tiga kali sewaktu sahabat bertanya siapakah insan yang perlu ditaati selepas baginda.

Atas kebesaran itulah juga,tarikh 10 mei setiap tahun dipilih sebagai hari untuk menghargai jasa-jasa insan istimewa ini.Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan di hari istimewa ini untuk memberikan kejutan kepada ibu dengan memberinya hadiah dan sebagainya.

Pun begitu,tidak kurang juga yang masih membelakangkan ibu.Di hadapan ibu segala-galanya nampak baik,bagaikan pijak semut pun tak mati.Tetapi di belakang ibu,dialah raja segala-galanya.Ponteng sekolah,merempit,menghisap rokok,menagih dadah,seks bebas dan sebagainya yang dilakukan dan disembunyikan daripada pengetahuan ibu.Ingat!jika ini yang kamu lakukan lambat laun segala-galanya akan terbongkar juga.

Jadi,sebelum hati ibumu hancur dan kecewa apabila mengetahui perangai sebenarmu,cubalah untuk mengubah dirimu menjadi anak yang lebih baik.Masih ada ruang untuk kamu membetulkan segala kesilapan lalu.Kasih ibu membawa ke syurga,itulah ungkapan yang sering kita dengar berkaitan dengan kasihnya ibu.

Thursday, October 7, 2010

My Lovely Family

hye...I would like to introduce my family members..My father name is MOHD ANUAR BIN MD NOR he work as clerks logs..My mother name is ZURAINI BINTI ABDUL MANAS..My mother is a business woman..I have a brother..My brother name is MOHD ANZUR BIN MOHD ANUAR..My brother studying at UITM MERBOK,SUNGAI PETANI KEDAH in course BUSINESS STUDIES..I love my family so much..

my lovely mom :)
 

 


my brother and the little one :)




Tuesday, October 5, 2010

My Self

My name is Siti Anura Binti Mohd Anuar..I'm 18 years old.I was born in HOSPITAL DAERAH GERIK,PERAK.I'm curently studying at KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN TASEK GELUGOR,PENANG in course bakery and confectionary.My hobby is shopping..My life is so simple and i'm not a materialistic girl..My ambition to become a succesful woman..