Tuesday, November 16, 2010

Kasih Sampai Syurga

Dan ternyata,ungkapan itu memang ada kebenarannya kerana siapalah kita tanpa ibu yang melahirkan,tempat menumpang kasih selama sembilan bulan di dalam kandungan,mendodoi dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sehingga kita menjadi diri kita hari ini.

Sebab itulah sebagai anak kita perlu sentiasa menghargai ibu kita selagi ada hayatnya.Malah,dalam agama kita sendiri(islam) insan bernama ibu ini diletakkan pada satu tahap paling tinggi sehingga rasullulah s.a.w menyebut ibu sebanyak tiga kali sewaktu sahabat bertanya siapakah insan yang perlu ditaati selepas baginda.

Atas kebesaran itulah juga,tarikh 10 mei setiap tahun dipilih sebagai hari untuk menghargai jasa-jasa insan istimewa ini.Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan di hari istimewa ini untuk memberikan kejutan kepada ibu dengan memberinya hadiah dan sebagainya.

Pun begitu,tidak kurang juga yang masih membelakangkan ibu.Di hadapan ibu segala-galanya nampak baik,bagaikan pijak semut pun tak mati.Tetapi di belakang ibu,dialah raja segala-galanya.Ponteng sekolah,merempit,menghisap rokok,menagih dadah,seks bebas dan sebagainya yang dilakukan dan disembunyikan daripada pengetahuan ibu.Ingat!jika ini yang kamu lakukan lambat laun segala-galanya akan terbongkar juga.

Jadi,sebelum hati ibumu hancur dan kecewa apabila mengetahui perangai sebenarmu,cubalah untuk mengubah dirimu menjadi anak yang lebih baik.Masih ada ruang untuk kamu membetulkan segala kesilapan lalu.Kasih ibu membawa ke syurga,itulah ungkapan yang sering kita dengar berkaitan dengan kasihnya ibu.

2 comments:

  1. Anura, ini tulisan awak sendirikah? Bagusnye. Bangganya saya dapat student macam awak ni. Teruskan menulis Anura. Saya akan buatkan link blog awak dalam blog saya supaya ramai orang lawat blog awak . Tapi awak kena masukkan byak artikel tau..

    ReplyDelete